Make your own free website on Tripod.com
 

Wasiat Bahaya Abai Solat

 

 

Sabda Nabi s.a.w. : "Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka dia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meninggalkan sembahyang maka dia meruntuhkan agama .

15 Seksaan Orang Yang Meninggalkan Solat Fardhu

  6 perkara di atas dunia

  3 perkara sewaktu hendak mati

  3 perkara sewaktu di dalam kubur

  3 perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan

Enam perkara seksaan di atas dunia

  Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya

  Dikurangkan rezeki di dalam usahanya

  Tiada dipelihara baginya agama Islam

  Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya

  Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.

  Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya

Tiga perkara sewaktu hendak mati

  1. Dimatikan dalam kehinaan
  2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
  3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyak manapun

Tiga perkara sewaktu dalam kubur

  1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nakir menyiksanya sehingga hari kiamat.
  2. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-AQRAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
  3. Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
    "Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
    daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"

Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan

 

3 siksa ketika berjumpa Allah

1. Didatangkan seutas tali diletakkan di atas tengkoknya dan disumbatkan ke dalam mulut sehingga terkeluar melalui duburnya

2. Tiada ditilik oleh Allah dengan tilikan rahmat dan kasihan belas

3. Tiada dapat pengampunan Allah di atas segala permohonan dan doanya

 


Hakcipta Darul Ulum 1427H