Make your own free website on Tripod.com
 

Wasiat Lebih Ilmu Daripada Harta

 

 

Nasihat daripada Sayyidina Ali tentang lebihnya ilmu daripada harta antaranya

1. Ilmu menjaga kamu sedangkan harta pula kamu terpaksa menjaganya

2. Ilmu semakin bertambah apabila disampaikan kepada orang lain sedangkan harta bertambah kurang apabila diberikan kepada orang lain

3. Ilmu membolehkan kamu melakukan ketaatan dengan baik serta baik sebutan selepas mati sedangkan harta boleh melalaikan kamu daripada melakukan ketaatan

4. Ilmu ialah hakim yang memberi kata putus berkenaan apa yang baik dan buruk agar kamu berhati-hati dalam melakukan sesuatu sedangkan harta pula 'mahkum 'alaihi' iaitu sesuatu yang bakal dihukum tentang daripada sumber mana ia diperolehi dan kepada mana ia dibelanjakan

 


Hakcipta Darul Ulum 1428H