Tingkatan & Cabang Iman

 

 


  Oleh : Ustaz Zamri bin Mat Isa

 

Iman adalah asas kepada akidah yang benar. Iman penentu kepada ketaqwaan di dalam membentuk kepatuhan kepada Allah, di dalam semua aspek kehidupan. Nilai keimanan yang tertanam di jiwa, akan memandu seseorang ke jalan yang diredhai Allah.

 

ü      Tingkatan Iman

 

1) Iman berada pada satu tahap:

Iman pada peringkat ini, berada pada satu tahap yang sama dari awal hingga ke akhir. Iman ini adalah iman milik para malaikat sahaja.

 

2) Iman sentiasa bertambah:

Iman yang sentiasa bertambah ialah iman yang dimiliki oleh para nabi dan rasul. Iman mereka tiada pernah berkurang.

 

3) Iman yang terkadang bertambah dan berkurang:

Iman umat Islam, yang selain dari nabi dan rasul adalah berada di tahap bertambah dan berkurang. Pertambahan atau pengurangan tersebut disebab oleh beberapa faktor, antaranya amalan dan iktikad di hati.

 

 

4) Iman ada permulaan dan tiada pada akhirnya:

Iman ini adalah iman milik iblis dan rakan sekutunya. Pada peringkat awal iblis beriman kepada Allah. Apabila diperintahkan agar sujud kepada Nabi Adam, iblis enggan dan takbur, lantas membawa kepada kekufurannya kepada Allah selama-lamanya.

 

ü      Pertambahan Iman

 

Iman seseorang akan bertambah jika ditingkat dan diperbanyakkan amalan kebajikan melalui  Cabangan Iman sebanyak tujuh puluh tujuh cabangan;

 

  1. Syahadah
  2. Mandi Hadath
  3. Berwudhuk
  4. Sembahyang fardhu
  5. Puasa ramadhan
  6. Menunaikan fardhu haji
  7. Jihad (perang dijalan Allah)
  8. Hijrah ke jalan Allah.
  9. Istiqamah di dalam ketaatan
  10. Mendirikan jemaah
  11. Nasihat keagamaan
  12. Amar ma'ruf
  13. Menegah kemungkaran
  14. Adil
  15. Menunaikan amanah
  16. Benar
  17. Menyempurnakan janji
  18. Menahan diri dari menyakiti seseorang
  19. Bakti kepada kedua ibubapa
  20. Menghubungi persaudaraan
  21. Menghormati jiran
  22. Memuliakan tetamu
  23. memelihara lidah dari bertutur sia-sia
  24. memelihara lidah dari perkataan mungkar
  25. cemburu pada yang dipuji
  26. Meninggalkan berkata sia-sia digantikan dengan perkataan baik
  27. Taqwa
  28. Qana'ah
  29. Wara'
  30. Mengesakan Allah
  31. Percaya dengan sifat Allah
  32. Beriman dengan qadha' dan qadar
  33. Beriman dengan nabi
  34. Beriman dengan kitab
  35. Beriman dengan Malaikat
  36. Beriman dengan al-Qur'an membatalkan kitab sebelumnya
  37. Percaya dengan adanya syaitan dan jin
  38. Tidak membunuh orang Islam
  39. Tidak mengkufurkan seorang pelaku dosa besar (selain syirik)
  40. Niat di dalam ibadat yang perlu kepada niat.
  41. Ikhlas
  42. Bertaubat
  43. Bersabar
  44. Bersyukur
  45. Zuhud
  46. Tawakkal
  47. Khauf
  48. Kasihkan Allah
  49. Kasihkan rasul
  50. Kasih kerana Allah, marah kerana Allah
  51. Kasih kepada Syaidina Ali
  52. Kasih kepada para sahabat
  53. Iktikad manusia selepas para nabi yang mulia ialah khulafa ar-Rasyidun dan dan enam sahabat yang digembirakan dengan syurga iaitu, Thalhah bin 'Ubaid, Zubir bin al-Awwam, Sa'ad bin Abi Waqas, Sa'id bin Zaid, Abdul Rahman dan Abu Ubaidah 'Amir bin al-Jarrah.
  54. Kasih kepada sahabat nabi yang ahli Anshor
  55. Kasih sesama saudara Islam, seperti dirinya.
  56. Taat kepada pemimpin yang adil
  57. Adil di dalam berkata-kata
  58. Meninggalkan dusta
  59. Malu
  60. Husnul Khuluq
  61. Baik pergaulan dengan sanak saudara
  62. Perbanyak ZikrulLah
  63. Ilmu bermanfaat
  64. Yakin pada agama
  65. Benci kepada kekufuran
  66. Iktikad suaut ketika dibanasakan alam ini
  67. Percaya alam barzakh
  68. Percaya kekal segala roh di dalam kubur
  69. Beriman dengan seksa kubur
  70. Kebangkitan dari alam kubur
  71. Percaya hari kiamat
  72. Perhitungan amalan
  73. Titian Sirath
  74. Percaya kolam Nabi
  75. Percaya syurga dan neraka
  76. Percaya dapat melihat Allah Di dalam syurga
  77. Membuang yang menyakiti di jalan

 

Semuanya akan membawa kepada pertambahan iman seseorang kepada Allah.

 

 

ü      Penyusutan Iman

 

Iman seseorang akan berkurangan jika tidak diperbanyakkan amalan kebajikan dan disertakan dengan perkara yang dimurkai oleh Allah antaranya, Murtad, melakukan dosa besar dan  mengekali dosa kecil.

 


  Petikan daripada kertas kerja Asas Fardu Ain Bab Aqidah untuk program AKI

© Hakcipta AKI 2004