Golongan Yang Sunat Berjabat Salam  

 

 


   

  Oleh : Ustaz Zamri bin Mat Isa

Berjabat salam ialah satu sunnah yang baik bagi merapatkan persaudaraan sesama Islam. Namum begitu Islam menggariskan halal dan haramnya bagi seseorang untuk bersalam. Yang mana, disunatkan bersalam tersebut ialah antara sesama jenis, iaitu lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. (jika tiada pertalian persaudaraan atau ikatan perkahwinan)

 

Sunat bagi seseorang lelaki bersalam dengan golongan wanita tersebut;

 

1.      Ibu dan Nenek (ke atas)

2.      Anak perempuan, cucu perempuan, cicit perempuan, seterusnya

3.      Saudara perempuan (seibu sebapa)

4.      Saudara perempuan (seibu)

5.      Saudara perempuan (sebapa)

6.      Emak saudara ( adik beradik ibu atau bapa) ke atas

7.      Anak saudara perempuan, cucu saudara perempuan, sehingga ke bawah (iaitu anak atau cucu perempuan bagi adik beradik, seibu sebapa, seibu atau bapa)

8.      isteri

9.      Menantu perempuan

10.  Ibu mertua

11.  Emak tiri

12.  Anak tiri ke bawah (termasuk cucu atau cicit tiri)

 

v     bagi seorang lelaki tidak batal air sembahyang keduanya jika bersentuh dengan mereka tersebut kecuali sepasang suami isteri.

 

 

Sunat bagi seseorang wanita bersalam dengan golongan lelaki tersebut;

 

1.      Ayah atau datuk ke atas

2.      Anak lelaki ke bawah

3.      Saudara lelaki (seibu sebapa)

4.      Saudara lelaki (seibu)

5.      Saudara lelaki (sebapa)

6.      Ayah saudara

7.      Anak saudara lelaki ke bawah

8.      Suami

9.      Menantu lelaki

10.  Ayah mertua

11.  Ayah tiri

12.  Anak tiri ke bawah

 

v     Bagi seorang wanita tidak batal air sembahyang keduanya jika bersentuh dengan mereka tersebut kecuali sepasang suami isteri.

 

Selain dari yang tersebut maka bersentuh antara lelaki dan perempuan adalah haram. Ia dikategorikan di dalam muqaddimatul zina yang ditegahkan oleh agama. 

 


  Petikan daripada kertas kerja Asas Fardu Ain Bab Feqah untuk program AKI

 

© Hakcipta AKI 2004