KHUTBAH EIDIL ADHA 1427H

 

 


   

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ......

 فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

 فرمان الله تعالى دالم أية  272سورة  البقرة :

ليس عليك هدئهم ولكن الله يهدي من يشاء وماتنفقوا من خير فلأنفسكم وماتنفقون إلا ابتغاء وجه الله وماتنفقوا من خير يوف إليكم وأنتم لاتظلمون

Maksudnya : Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah S.W.T) maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah S.W.T. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akan diberikan pahalanya dengan cukup sedangkan kamu sedikitpun tidak akan dianiayai.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,

Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.  Semoga anugerah hari raya yang amat bermakna ini dapat kita penuhi dengan amal ibadat dalam mendekatkan diri kita kepada Allah. Antaranya bagi mereka yang mampu digalakkan agar menunaikan ibadat korban dengan  menyembelih binatang di mana dagingnya disedekahkan untuk golongan yang memerlukannya. Ini dapat menambahkan lagi semangat persaudaraan dan kerjasama dalam meringankan bebanan golongan yang susah. Semoga anugerah hari raya turut digunakan dalam merapatkan lagi hubungan kekeluargaan di mana kita pada hari ini dapat merasakan hubungan ini semakin lama semakin longgar dan jauh walau pun kemudahan pengangkutan dan perhubungan semakin mudah dan canggih. Jika pada masa kita ini ramai yang sudah tidak kenal ahli keluarga terdekat kerana sibuk dengan urusan harian apatah lagi pada masa yang akan datang jika usaha dalam merapatkan kembali hubungan sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh ayah dan datuk kita sebelum ini tidak disuburkan semula. Sama-samalah kita ambil iktibar daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim :

قال الرسول e  : مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya :  Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Ibadat korban yang dibuat sempena hari raya ini mengingatkan kita tentang arahan Allah agar nabi Ibrahim menyembelih anaknya nabi Ismail setelah dewasa yang menggambarkan kepada kita semua tentang keyakinan dan pengorbanan besar yang telah ditunjukkan oleh baginda berdua dalam melaksanakan perintah Allah melalui mimpi benar agar melakukan suatu diluar kewarasan manusia iaitu menyembelih anak tersayang di mana ia ditunaikan tanpa banyak bicara. Pengorbanan suci ini digambarkan oleh Allah melalui ayat 103-107 surah as-Sooffat :

فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين  إن هذا لهو البلؤا المبين  وفدينه بذبح عظيم

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Islam) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya  ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

            Sikap tunduk dan patuh kepada setiap arahan Allah melayakkan nabi Ibrahim menjadi Khalilullah. Oleh itu sempena mengingati pengorbanan besar nabi Ibrahim ini maka tanyalah diri kita tentang sejauh manakah tahap kepatuhan kita kepada arahan Allah dalam kehidupan seharian. Adakah cukup setakat menyatakan dengan lidah bahawa kita ini benar-benar beriman dan taat kepada Allah dan rasulNya sedangkan perundangan, ekonomi, sosial dan sebagainya yang kita gunakan masih lagi jauh daripada petunjuk wahyu. Adalah begitu amat malang jika hanya mengaku hamba Allah tetapi tidak mahu tunduk kepada sistem al-Quran. Adalah suatu penipuan yang nyata apabila mendakwa diri pejuang Islam tetapi mendewa-dewakan system manusia dengan mengepikan system Islam. Jika kita sebagai pemimpin, tanyalah sejauh manakah kita menunaikan amanah dalam melaksanakan system al-Quran. Jika kita sebagai ibubapa, tanyalah diri kita tentang sejauh manakah kita sendiri mengikut petunjuk wahyu dan bagaimana dengan anak-anak kita adakah amal ibadat, cara pemakaian, pergaulan mereka telah mengikut panduan yang telah digariskan oleh agama atau sebaliknya. Kita yakin anak-anak yang terjebak dengan dadah, zina, mat rempit dan sebagainya mempunyai ibubapa. Adakah ibubapa mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dalam mengawal anak-anak ini sebelum rosak atau membiarkan sahaja mereka rosak. Keadaan bertambah parah apabila ibubapa melenting bila ditegur dan dinasihatkan oleh masyarakat tentang masalah anak-anak mereka. Ubahlah sikap agar kita mampu mengubah keadaan yang lebih sihat dan aman bersuluhkan panduan wahyu dengan mengenepikan hasutan nafsu.

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

            Kita sebagai umat Islam yang mengaku tunduk patuh kepada Allah wajib menjaga 5 asas Maqasid Syari’iyyah iaitu 1] menjaga agama dengan menjauhkan syirik dari segi penyembahan benda dan sistem  [2] menjaga keselamatan nyawa sendiri dan orang lain [3] menjaga akal fikiran daripada dirosakkan dengan dadah, arak dan sebagainya [4] menjaga keturunan dengan menghindari zina [5] menjaga harta benda daripada dirosakkan. Apabila asas yang digariskan oleh agama ini dapat dijaga dengan sebaiknya maka akan lahirnya sebuah masyarakat yang aman sejahtera di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika ia dilanggar atau dicabuli maka sesebuah keluarga, masyarakat, negeri dan negara akan berada dalam suasana yang terancam. Betapa malangnya apabila masalah murtad dalam negara terus berlaku tetapi tiada tindakan sewajarnya diambil bagi menangani masalah yang paling serius ini atas alasan menjaga hak asasi manusia sedangkan orang yang murtad secara jelas melanggar hak Allah yang lebih besar bahayanya. Bila ramai umat Islam yang terpengaruh dengan istilah hak asasi manusia yang ditaja oleh musuh Islam kaki pembunuh dan penceroboh hak orang lain sehingga lupa kepada hak Allah yang lebih besar dan penting maka selagi itulah Islam dihina oleh penganutnya sendiri. Kita begitu sedih apabila masalah perebutan mayat terus berlaku dan kali ini pemimpin negara sendiri terus mengeluarkan kenyataan meminta pihak Peguam Negara (AG) campur tangan dalam menentukan status agama A Rayappan sehingga ia dikuburkan cara Kristian walau pun masih ada jalan untuk mendakwanya masih Islam. Malah tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tidak mendaftarkan status Islam dalam kad pengenalan A Rayappan membuka jalan kepada akhbar The Star dan The Sun dalam membangkitkan isu tercatat perkataan Kristian dalam kad pengenalan A Rayappan sedangkan bila dilihat keadaan sebenar tidak tercatat sebagaimana yang didakwa.

            Jika masalah murtad gagal ditangani apatah lagi masalah ajaran sesat seperti yang terbaru masalah Rufaqa’ yang didakwa cuba menghidupkan amalan Arqam yang telah diharamkan. Begitu juga dengan pengakuan seorang wanita yang dulu pernah mengaku sebagai imam Mahdi dan kini sebagai rasul wanita. Ajaran sesat ini sukar dibanteras sekiranya pemimpin sendiri terus memberi kebebasan kepada puak Islam Liberal, Islam plural, anti hadis dalam menyesatkan masyarakat Islam. Fahaman pemisahan agama dengan politik turut menjadi antara punca utama kepada berleluasanya ajaran sesat ini. Begitu juga apabila adanya fatwa yang diputuskan oleh majlis fatwa dilanggar oleh pemimpin sendiri seperti sambutan di hadapan Tugu Negara pada Hari Pahlawan yang jelas dihukum sebagai suatu amalan syirik.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Atas nama hak asasi manusia juga adanya umat Islam sendiri yang bangun menentang penguatkuasaan oleh kerajaan Kelantan terhadap jurujual wanita yang berpakaian tidak senonoh. Ketika musuh Islam di beberapa buah negara di Eropah seperti Belgium, Perancis, Belanda, Denmark dan lain-lain sedang berusaha menelanjangkan wanita Islam, mengapakah kita yang berada dalam sebuah negara majority umat Islam turut bersekongkol dengan musuh Islam untuk terus membiarkan wanita Islam berpakaian menjolok mata. Adakah arahan berpakaian menutup aurat akan menambahkan lagi masalah rogol dan zina dalam masyarakat. Tidak cukup lagikah kita dengan jumlah pasangan yang berzina sebelum kahwin dalam negara ini lebih kurang 50 peratus. Baru-baru ini pula kita dikejutkan dengan kajian yang menunjukkan dalam negara kita ada 4000 orang pelacur kanak-kanak. Lupakah kita kepada cadangan bekas Perdana Menteri Britain Gladstone pada awal penjajahan terhadap bumi umat Islam dengan katanya : “ Untuk menghancurkan kekuatan Islam, mestilah dibuang dahulu hijab daripada muka perempuan Islam, ditutup terlebih dahulu al-Quran dan mestilah membawa masuk benda-benda yang memabukkan, dadah, benda keji dan mungkar”. Malah kakitangan kerajaan di timur China dilaksanakan peraturan larangan memakai seksi di pejabat. Jika orang bukan Islam lebih ke hadapan dalam cara pemakaian yang baik dan selamat mengapa masih ramai wanita Islam sendiri masih berfikiran kolot dan ketinggalan zaman sehingga sanggup mengenepikan amaran Allah S.W.T dan rasul antaranya sebuah hadis nabi daripada Abu Hurairah yang berbunyi :

قال االرسول e  :صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا  قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ البَقَرِ يَضْرِبُوْنَ ِبَها النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاتٌ مَائِلاتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ البُخْتِ المَائِلَةِ لايَدْخُلْنَ الجَنَّةَ وَلايَجِدْنَ رِيْْحَهَا وَاِنَّ رِيْْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةٍ كَذَا وَكَذَا     - رواه مسلم

Maksudnya : Ada 2 golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang aku tidak sempat melihat mereka kerana belum ada pada zamanku. Pertama, golongan penguasa yang mempunyai cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, golongan perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menghayun-hayunkan bahunya. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga sedangkan bau wangi syurga itu sudah tercium daripada perjalanan yang sangat jauh daripadanya

Renungilah firman Allah dalam ayat 164 surah al-A’araf  :

وإذ قالت أمة منهم لم تعظون قوما الله مهلكهم أو معذبهم عذابا شديدا قالوا معذرة إلى ربكم ولعلهم يتقون

Maksudnya : Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata :” Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah S.W.T akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?”. Lalu mereka menjawab:” Agar kami mempunyai alasan terlepas daripada tanggungjawab kepada Tuhanmu dan supaya mereka bertaqwa”.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ . فرمان الله تعالى دالم أية  37سورة  الحج :

لن ينال الله لحومها ولادماؤها ولكن يناله التقوى منكم كذلك سخرهالكم لتكبروا الله على ماهدئكم وبشر  المحسنين

Maksudnya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan Allah) tetapi ketaqwaan daripada diri kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Kita bakal menyambut ketibaan tahun baru 2007 Masihi esok di mana kebiasaannya ia disambut dengan pelbagai cara yang membelakangkan ajaran Islam. Tidak cukup lagikah dengan banjir besar dan pelbagai jenis bala daripada Allah untuk menyedarkan kita agar kembali kepada Islam. Sebagaimana ibadat puasa untuk melahirkan umat bertaqwa begitulah juga dengan ibadat korban yang digalakkan untuk kita lakukan pada hari ini dan hari-hari tasyriq. Orang bertaqwa sentiasa mengorbankan harta, tenaga dan masanya untuk Islam termasuk dalam membantu saudara yang susah. Oleh itu kita gunakanlah peluang dengan kedatangan hari raya ini untuk membantu saudara kita terutama yang dilanda banjir untuk sama-sama merasai kemeriahan hari raya. Ingatlah bahawa sedikit harta dunia yang kita sedekahkan bakal dibalas dengan anugerah yang jauh lebih besar di akhirat nanti

Sempena kedatangan Eidil Adha juga kita mesti sama-sama berusaha dalam membantu saudara seagama kita di tempat-tempat yang lain terutama negara yang dilanda penjajahan baru seperti di Afghanistan, Iraq dan sebagainya. Sempena berada pada hari yang mulia ini juga kita mengutuk tindakan bacul Amerika Syarikat yang memperkudakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam menekan pembangunan nuklear Iran sedangkan mereka terus membiarkan Israel membangunkan senjata nuklear. Begitu juga tindakan tidak bertamadun Israel yang bertindak membantu parti Fatah yang kalah sebelum ini dengan menyalurkan pelbagai bantuan dalam menggulingkan kerajaan HAMAS pilihan rakyat Palestin. Tiada siapa yang boleh diharapkan untuk membantu saudara seagama yang sedang menderita melainkan umat Islam yang benar-benar tunduk dan patuh kepada Allah. Tidak rugi memperjuangkan Islam walau pun terpaksa melalui pelbagai penderitaan dan kesusahan. Sebaliknya amat rugi jika bertindak bacul melawan Islam walau pun kadang-kadang banyak kesenangan dan kemewahan ditawarkan oleh musuh Islam. Islamlah nescaya kita selamat dan bahagia di dunia dan akhirat

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 


   

© Hakcipta Darul Ulum 1427