Wasiat Hinanya Ulama' Jahat

 

 

Ulama Suu' atau jahat iaitu orang alim yang tidak bertaqwa dan tidak menyimpan rasa takut terhadap Allah di mana semuanya itu membawa keburukan dan bala serta bencana kepada dirinya sendiri dan menyesatkan pula orang lain sehingga membahayakan mereka

1. Sayyidina Umar bin al-Khottab pernah berkata : " Suatu hal yang sangat aku bimbangkan ke atas diri kamu atau pun umat ini iaitu seorang fajir iaitu penyeleweng agama yang tajam lidahnya di mana kepetahannya bercakap mempedayakan orang ramai".

2. Sayyidina Ali pernah berpesan : " Dua orang yang bakal mematahkan punggungku iaitu seorang alim yang melanggar perintah Allah dan seorang jahil yang mengerjakan ibadat kepada Allah. Yang pertama menjauhkan manusia dengan melanggar perintah Allah manakala yang kedua memperdayakan manusia dengan ibadatnya kepada Allah".

3. Ulama' Suu' umpama lubang tandas di mana luarnya cantik tetapi dalamnya semuanya busuk

4. Ulama' Suu' umpama kubur di mana hanya di luarnya sahaja kelihatan teratur dan bersih namun di dalamnya tersimpan tulang-tulang mayat

5. Ulama' Suu' umpama sebuah rumah yang gelap-gelita di mana hanya di sebelah luarnya sahaja diserikan dengan cahaya yang terang benderang namun di dalamnya gelap-gelita

 


© Hakcipta Darul Ulum 1428H