Wasiat 4 Ciri Taqwa

 

 

Puasa Ramadhan merupakan antara ibadat khusus yang termasuk dalam rukun Islam yang wajib ditunaikan. Antara tujuan kewajipan berpuasa adalah bagi melahirkan umat Islam yang bertaqwa kepada Allah sebagaimana Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :

يأيهاالذين امنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa

 

Maksud taqwa   sebagaimana yang diberitahu oleh Abu Hurairah iaitu seumpama seseorang yang terpaksa melalui sebatang jalan yang dipenuhi duri maka semestinya dia akan berusaha menjauhi, berundur atau cermat semasa melangkah agar tidak terpijak duri itu

 

4 Ciri Taqwa

 

Sayyidina Ali Karramallahu wajhah pernah berwasiat tentang taqwa iaitu :

التقوى هو الخوف من الجليل والرضا بالقليل والعمل بالتنزيل والاستعداد ليوم الرحيل

Maksudnya : taqwa ialah [1] takut kepada Allah dalam setiap perkara, [2] sentiasa redha dengan pemberian Allah walau pun sedikit, [3] sentiasa melaksanakan sistem Islam dalam kehidupan sebagaimana yang telah diturunkan oleh Allah melalui al-Quran [4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi

 


© Hakcipta Darul Ulum 1428H