MAQASID AS-SYAR'IAH

( المقاصد الشرعية )

 

 


  Oleh : Ustaz Zamri bin Mat Isa

 

 

1. Menjaga Agama

 

Kesucian agama terjamin dengan adanya hudud-hudud (garis hukuman). Islam terjaga dari dicerobohi dan dipersendakan, dengan adanya hudud. Kesucian dan keselamatan dapat dilihat hukuman bunuh terhadap mereka yang murtad, sebagai satu kenyataan yang jelas di dalam matlamat agama untuk memelihara Islam. ketetapan ini dapat dilihat di dalam sepotong hadith yang bermaksud ;

"Sesiapa yang menukar agamanya (Islam), maka hendaklah kamu bunuhnya."

(Riwayat Bukhari)

 

Apabila seorang murtad, (melakukan perkara yang merosakkan Iman) wajib disuruh bertaubat dan kembali kepada Islam. Keadaan ini, diberikan tempoh selama tiga hari, jika masih enggan, dihukum bunuh (pancung kepala)

 

Hikmah yang tersirat, bahawa hudud tersebut akan memberi pengajaran kepada mereka yang akan datang agar tidak mempermudah dan mempersendakan agama dengan berbalik-balik dari satu agama kepada agama asalnya.

 

2. Menjaga Diri Dan Nyawa

 

Hudud telah menetapkan dengan hukuman qisos, iaitu bagi mereka yang melakukan kezaliman membunuh mestilah dibunuh balik.

"Difardhukan ke atas kamu Qisos di dalam pembunuhan. Orang merdeka dengan merdeka, hamba dengan hamba…."

 

Ketetapan ini sebagai satu tanda keperihatinan agama di dalam menjaga kepentingan sejagat. Kezaliman yang dilakukan tidak dipersiakan, sekalipun adanya pembalasan di akhirat kelak. Bunuh balas yang dikenakan akan menutup kes pembunuhan dari berlaku berulangkali, dari  dilakukan oleh pembunuh yang sama.

 

Begitu juga dengan kesalahan di dalam tindakan jenayah yang melibatkan kecedaraan, luka, terpotong anggota dan sebagainya. Semuanya ada hukuman dan balasan di dunia ke atas penjenayah.

Ianya sebagai kepentingan syarak bagi menjaga diri dan nyawa umatnya.

 

3. Menjaga Akal

 

Akal adalah unsur kemanusiaan yang paling utama, selepas dari nyawa maka akal mendapat tempat yang kedua. Apalah gunanya seorang insan sekiranya tiada akal bagi badan yang sejahtera. Atas kepentingan ini, semua perkara yang memabukkan diharamkan. Arak, dadah, candu, ganja dan sebagainya merupakan perosak akal fikiran.

Pemabuk akan dikenakan sebat sebanyak 40 sebatan sebagai suatu hukuman untuk menggerun dan peringatan kepada mereka. Adanya hukuman ini akan menjadi sempadan bagi dan bagi mereka yang lain. Semuanya sabagai satu ketetapan bagi menjaga kesucian akal manusia sendiri.

 

4. Menjaga Harta

 

Penjagaan harta adalah salah suatu dari unsur penting penghantaran Islam sebagai agama dalam kehidupan. Selain dari keselamatan diri, harta adalah agenda yang mendapat tempat yang tinggi di dalam kehidupan. Jesteru itu, satu hudud dan batasan telah digariskan agar ketenangan kehidupan dapat dikekalkan.

 

Haram dan halal digariskan dalam etika berharta adalah satu matlamat Islam bagi menjaga kepentingan sejagat.

 

Larangan dari berjudi, mencuri, menipu, mengurangkan timbangan dan sebagainya adalah satu garisan agama bagi menjaga keselamatan harta agar tidak diceroboh atau menceroboh.

 

Hudud menetapkan hukuman potong tangan ke atas pencuri yang mencuri sampai nilaian tertentu. Dengan adanya hudud sedemikian, keselamatan harta manusia lain akan terjamin. Malah keamanan dan kebahagian umum tercapai di bawah panji Islam.

 

5. Menjaga Keturunan

 

Islam melarang keras perbuatan zina. Sebagai langkah awal bagi menjaga dari terjerumus ke kancah terkutuk tersebut, diharam semua perkara yang membawa kepada berlakunya penzinaan. Seperti yang telah termaktub di dalam al-Qur'an;

"Dan jangan kamu hampiri perzinaan."

 

Peringatan ini sebagai bukti kepada penjagaan yang ketat dan jitu Islam bagi memelihara daripada berlakunya penzinaan.

 

Islam menetapkan rejam sampai mati bagi penzina muhshan (mereka yang mengecapi persetubuhan melalui perkahwinan yang sah). Bagi mereka yang tidak muhshan, ditetapkan dengan disebat sebanyak seratus rotan dan dibuang daerah selama setahun dengan jarak yang harus qashar sembahyang. Semuanya sebagai hudud di dalam Islam bagi membendung dan menegah perlakuan keji tersebut.

 

Diharamkan perlakuan tersebut salah satu hikmahnya dapat dilihat dari sudut penjagaan Islam terhadap kesucian keturunan. Dengan adanya hukuman dan larangan, manusia akan menjauhi serta gerun untuk melakukan perzinaan. Dengan ini kesucian keturunan akan terjamin. Malah sekaligus ia akan memartabatkan manusia di tahap

 

 


   

Petikan daripada kertas kerja Asas Fardu Ain Bab Feqah untuk program AKI

 

© Hakcipta AKI 2004