Make your own free website on Tripod.com

 

E-mail. : pppb1995@yahoo.com
http://aki2004.tripod.com  atau http://aki2004.wordpress.com

Bil. 20                                    Menyampai maklumat & Menyebar ilmu                               3 Sya’aban 1429H

 

 

 

RENUNGAN

 

 

Program @ Maklumat Terbaru

Gambar Pondok & Halaqah Ilmu '07

Gambar Sekitar Pondok

Info Pusat Kefahaman Islam AKI

Misi

o        Kembang dakwah dan ilmu Islam

o        Bina peribadi muslim

o        Lahirkan generasi yang faham dan amal agama mengikut bidang profesional yang diceburi

Visi

o        Mempelbagai program bina insan

o        Membantu, membimbing dan menyampaikan dakwah

o        Berusaha mendekati kumpulan sasaran dengan hikmat

o        Mengisi ilmu secara teori dan praktikal

WE

 ISLAM

 

 

Menu Utama

 

Program Terbaru

Pengajian Kitab Berkala

Pengajian Iqra' & Fardhu 'Ain

Pengukuhan Bahasa Arab

Rehlah Ibadat Bermotor

Kursus Jenazah

Tazkirah

Doa Pilihan

Khutbah Pilihan

Kisah Pilihan

Link Pilihan

 

Bismillahirrahmanirrahim...

Masyarakat Islam di negara kita Malaysia pada hari ini sudah semakin

terkehadapan dengan pelbagai pencapaian dan kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan. Sebaliknya  tanpa menafikan kejayaan ini, ramai kalangan tokoh agama membayangkan kebimbangan tentang kefahaman dan pegangan umat Islam terhadap ajaran Islam terutama golongan remaja yang semakin luntur berdasarkan beberapa gejala sosial semasa yang berlaku saban hari.

 

Menyedari hakikat ini maka kami pihak Pusat Kefahaman Islam AKI  telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan beberapa program yang diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak usaha ke arah menambah ilmu serta membina keperibadian dalam diri umat Islam. Sasaran kami terbuka kepada semua peringkat umur dan kerjaya dengan mengambil kira keperluan dan juga kepadatan masa yang dihadapi terutama bagi golongan pelajar, guru dan pekerja yang sememangnya menghadapi masalah kesuntukan masa bagi diluangkan untuk belajar ilmu agama. Oleh itu itu kami telah dan akan terus menganjurkan program dalam masa singkat tetapi berkesan untuk mmenuhi permintaan dan keperluan masyarakat yang sememangnya begitu dahagakan ilmu untuk menjadi pedoman dan kegunaan hidup dalam mencari ketenangan dan keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Kita ingin melahirkan lebih ramai umat Islam yang memegang serta mengamalkan prinsip bahawa belajar ilmu agama mestilah bermula daripada buaian sehingga ke liang lahad di mana tiada had tertentu untuk menyatakan dengan pasti bahawa kita sudah cukup berilmu kerana ilmu Allah itu amat luas dan banyak untuk dicedok dan diambil.

 

        Antara program yang telah dan akan kami adakan ialah Pengajian Kitab dalam masa singkat samada seminggu atau 2 minggu atau secara mingguan di mana kitab yang diajar merangkumi tiga aspek ilmu, iaitu tauhid, fekah  dan tasawuf. Pengajian ini memperkenalkan teknik pengajian tradisional (kitab turath) yang telah terbukti kejayaannya di dalam membentuk peribadi muslim dari sudut ilmu dan amal.Kami turut menyediakan program Pengajian Iqra' dalam melahirkan generasi celik dan cintakan al-Quran dalam masa singkat disamping menekankan ilmu asas fardhu ain melalui beberapa kertas yang disediakan sepanjang program tersebut.

 

          Tidak ketinggalan kami turut menerima jemputan daripada pusat pengajian, masjid dan syarikat untuk mengadakan kelas pengajian nahu bahasa arab secara mingguan dan juga kursus jenazah

 

Pusat kefahaman Islam AKI  juga menganjurkan program Rehlah Ibadat Bermotor bagi golongan remaja di mana ia merupakan suatu program penerapan nilai dan hukum agama kepada generasi remaja hari ini. Program ini menyuakan kepada peserta asas pengetahuan agama yang berkaitan dengan hukuman ibadat solat dan ibadat khusus yang lain yang disampaikan melalui modul yang disediakan. Ianya membuka ruang kepada generasi remaja untuk menimba ilmu dan pengajaran melalui program tersebut.

 

Ini sedikit sebanyak penerangan tentang aktiviti yang kami telah dan anjurkan. Kami berharap ia mendapat sokongan yang sebaik mungkin samada dari penyertaan atau bantuan kewangan dan sebagainya dalam menjayakan program-program yang dianjurkan dari masa ke semasa. Ingatlah bahawa Islam dipandang hina dan lemah bukan kerana salah dan silap Islam tetapi akibat kesalahan dan kesilapan umat Islam sendiri yang gagal mengenali dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan. 

                Wassalammm...