Bismillahirrahmanirrahim...
Masyarakat Islam di negara kita
Malaysia
pada hari ini sudah semakin
terkehadapan dengan pelbagai
pencapaian dan kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan. Sebaliknya tanpa menafikan kejayaan ini, ramai kalangan tokoh agama membayangkan kebimbangan tentang kefahaman dan pegangan umat Islam terhadap ajaran Islam terutama golongan remaja yang semakin luntur berdasarkan beberapa gejala sosial semasa yang berlaku saban hari.
Menyedari hakikat ini maka kami pihak
Pusat Kefahaman Islam
AKI telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan beberapa program yang diharapkan
dapat membantu sedikit sebanyak usaha ke arah
menambah ilmu serta membina keperibadian dalam diri umat Islam. Sasaran kami terbuka kepada semua peringkat umur dan kerjaya
dengan mengambil kira keperluan dan juga kepadatan
masa yang dihadapi terutama bagi golongan pelajar, guru dan pekerja yang sememangnya menghadapi masalah kesuntukan masa bagi diluangkan
untuk belajar ilmu agama. Oleh itu itu kami
telah dan akan terus menganjurkan program dalam masa singkat tetapi berkesan untuk mmenuhi permintaan dan keperluan masyarakat yang sememangnya begitu dahagakan ilmu untuk menjadi pedoman dan kegunaan hidup dalam mencari ketenangan dan keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
Kita ingin melahirkan lebih ramai umat Islam yang memegang serta mengamalkan prinsip bahawa belajar ilmu agama mestilah bermula daripada buaian sehingga ke liang lahad di mana tiada
had tertentu untuk menyatakan dengan pasti bahawa kita sudah cukup berilmu kerana ilmu Allah itu amat luas
dan banyak untuk dicedok dan diambil.
Antara program yang telah
dan akan kami adakan ialah Pengajian Kitab dalam masa singkat samada seminggu atau 2 minggu atau secara mingguan di mana kitab yang diajar merangkumi tiga aspek ilmu, iaitu tauhid, fekah dan tasawuf.
Pengajian ini memperkenalkan teknik pengajian tradisional (kitab turath) yang telah terbukti kejayaannya di dalam membentuk peribadi muslim dari sudut ilmu dan amal.Kami
turut menyediakan
program Pengajian Iqra'
dalam melahirkan generasi celik dan cintakan al-Quran dalam masa singkat disamping menekankan ilmu asas fardhu
ain melalui beberapa kertas yang disediakan sepanjang program tersebut.
Tidak ketinggalan kami turut menerima jemputan daripada pusat pengajian, masjid dan syarikat untuk mengadakan kelas pengajian nahu bahasa arab secara mingguan dan juga kursus jenazah.
Pusat kefahaman
Islam AKI juga menganjurkan program Rehlah Ibadat Bermotor bagi golongan remaja di mana
ia merupakan suatu program penerapan nilai dan hukum
agama kepada generasi remaja hari ini. Program ini menyuakan kepada peserta asas pengetahuan agama yang berkaitan
dengan hukuman ibadat solat dan ibadat khusus yang lain yang disampaikan melalui modul yang disediakan. Ianya membuka ruang kepada generasi remaja untuk menimba ilmu dan pengajaran
melalui program tersebut.
Ini sedikit sebanyak penerangan tentang
aktiviti yang kami telah dan anjurkan. Kami berharap ia mendapat sokongan
yang sebaik mungkin samada dari penyertaan atau bantuan kewangan dan
sebagainya dalam menjayakan program-program yang dianjurkan dari masa ke
semasa. Ingatlah bahawa Islam dipandang hina dan lemah bukan kerana salah
dan silap Islam tetapi akibat kesalahan dan kesilapan umat Islam sendiri
yang gagal mengenali dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dalam
kehidupan.
Wassalammm...
|